Kuih Sedap Dari Terengganu..Kuih Ropa

Bahan utk Inti
1/4 kg daging ]direbus dgn sedikit air
2 labu bwg besar ]dipotong dadu
2 s/b kicap
2 s/b serbuk lada hitam (ikut kepedasan)
garam secukupnya
Caranya
1.Rebus daging hingga lembut dgn sedikit air. Toskan daging dan potong dadu,simpan air rebusan tadi.
2.Tumis 1/4 bwg td hingga naik bau.
3.Masukkan daging,kicap dan lada hitam. Masak seketika.
4.Masukkan air rebusan dan biar sehingga agak2 kering.
5.Masukkan baki bawang tadi. Masak seketika dan rasa garamnya.
6.Siap.
Bahan utk Kulit
1/2 kg gandum
1 biji telur saiz S
air secukupnya
secubit garam

Caranya
1.Masukkan telur,garam,gandum dan air ke dalam pengisar. Kisar semua sehingga sebati.
2.Keluarkan dan kacau adunan. Pastikan tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Sekiranya perlu tambah air sedikit demi sedikit.
3.Sapu sedikit minyak pada kuali.
4.Panaskan kuali,taruk 1 senduk adunan dan ratakan,buat cam telur dadar.
5.Bila permukaan mengelembung baru lerlingkut atas bekas.
6.Taruk inti dan lipat.
7.Ulang langkah 4-6 hingga adunan habis.
8.Boleh dimakan terus masa panas2 atau boleh dicelup dlm telur dan digoreng.
9.Siap.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Ni my feberet. Time duduk ganu, sokmo sarapan g beli. Sehari takleh lepas. Ropa manjang hihi. Jakun betul time first timw jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru-baru ni jiran akak buat ropa guna kulit popia
      rasanya pun sedap,lebikurang macam murtabak

      Padam