Sedapnya Roti John Cheese

Resepi Roti John Cheese
4 biji roti sosej belah
200gm daging kisar
1/2 biji bawang besar (sederhana) dipotong dadu
1 sudu kecil rempah kari daging
sedikit kunyit
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
3 biji telor
lada merah dipotong dadu halus(optional jika suka pedas)

hiasan
kepingan cheese
mayonis
sos chili
salad
timun
caranya
1. Panas kuali, masukkan sedikit minyak masak..tumis bawang besar kemudian
masukkan rempah, daging kisar, kunyit sikit, serbuk lada hitam dan perasakan
dgn garam.goreng hngga daging masak dan kering.tutup api

2. Kemudian masukkan adunan daging dlm bekas dan pecahkan telor-telor ke dlm
adunan daging tadi..kacau sebati

3..Panaskan pan (kuali leper) masukkan 1 sudu minyak masak

4. Tuangkan adunan daging telor tadi atas pan secara memanjang (agak2 panjang
roti sosej)..saya guna magic pan so boleh la letak 5 keping roti belah ..api
sederhana panas ye..biar sekejap kemudian letak roti yang telahdibelah tadi diatas daging ..biar ia masak...tak perlu diterbalikkan dan angkat roti bersama daging tadi..(jgn terlalu lama masaknya nanti hangus pula ye) kemudian 
boleh sambung masak jika ada lebihan roti lagi
5. Paipkan mayonis dan sos chili atas roti dan boleh dihias dgn cheese slice,
timun potong, dan salad

Catat Ulasan

0 Ulasan