Begedil Ikan Sedap Dari Pantai Timur

Resipi mudah selera pantai timur ini mesti anda cuba.

Begedil Ikan

Bahan-bahan:
2 ikan kembung sederhana besar, diambil isinya sahaja
3 bawang merah, dimayang halus
1/2 kelapa parut
1 telur
1 tangkai daun kesum, diracik halus
Gula dan garam secukup rasa
4 sudu besar minyak zaitun untuk menggoreng
Cara Membuatnya:
  1. Gaul kesemua bahan hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan telur.
  3. Bentukkan campuran menjadi leper sederhana besar dan goreng dengan api perlahan.
  4. Letakkan minyak zaitun sedikit demi sedikit untuk mengelakkan ia melekat di kuali.
  5. Goreng hingga menjadi warna coklat keemasan.

Catat Ulasan

0 Ulasan