Botok-botok Ikan Tenggiri Istimewa Dari Johor

Botok-botok Ikan Tenggiri Istimewa Dari Johor
Daun kaduk kebanyakannya digunakan sebagai bahan penyedap dalam masakan lemak.

Antara khasiatnya adalah untuk merawat penyakit sembelit, sakit gigi, malaria, cacing, lemah dan sakit dalam tulang, batuk dan panau.
BAHAN-BAHAN:
  • 2 keping ikan tenggiri
  • 200gm rempah kari ikan
  • 200gm kerisik
  • 5 ulas bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 inci halia | dikisar
  • 250ml air asam jawa
  • 300gm daun beruas
  • 300gm daun kadok
  • 300gm daun pucuk ubi | diramas dengan
  • tangan untuk menghilang rasa pahit
  • 3 helai daun pisang | dilayurkan
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serbuk kari, kerisik dan sedikit air asam jawa sehingga garing.

2. Apabila garing masukkan ikan dan biarkan separuh masak. Ketepikan.
3. Lapis daun kadok, daun beruas dan pucuk ubi berselang-seli kemudian letakkan ikan di tengah.

4. Lapis sekali lagi daun-daun tersebut dan kemudian bungkus dengan daun pisang yang siap dilayur.

5. Akhir sekali, kukus ikan sehingga masak dan hidangkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan