4 Menu Telur yang Sedap Untuk Di Nikmati Ketika Berbuka Puasa

Empat Menu Telur Rebus Yang Buat Anda Tak Perlukan Lauk Lain
majalah Rasa
KURMA TELUR

BAHAN-BAHAN:
  • 5 biji telur- rebus & kupas kulit
  • 150gm rempah kurma - bancuh dengan air
  • 1 labu bawang besar -belah 6
  • 1 biji cili merah -belah dua
  • 1 biji kentang -belah 4
  • 500ml santan
  • 3 ulas bawang merah -kisar
  • 2 ulas bawang putih -kisar
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
  1.  Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan bawang yang telah dikisar tadi. Biarkan ia garing seketika.
  2.  Masukkan pes rempah kurma bersama kentang, kacau sebati.
  3.  Masukkan santan dan biarkan ia mereneh hingga kentang empuk.
  4.  Kemudian masukkan hirisan cili merah, bawang yang telah dibelah, kacau dan biar mendidih seketika.
  5.  Masukkan telur, kacau seketika dan tutup api.
  6.  Angkat dan sedia dihidangkan.

TELUR SAMBAL BANJAR
BAHAN-BAHAN:
  • 5 biji telur  rebus
  • 1 biji terung  -belah 4
  • 50gm cili padi  -kisar
  • 1 labu bawang besar -kisar
  • 100gm ikan bilis -tumbuk kasar
  • Gula dan garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
  1.  Panaskan minyak di dalam kuali, goreng telur yang direbus tadi sekejap bersama terung dengan api yang perlahan. Biarkan hingga terung layu dan ketepikan.
  2.  Menggunakan minyak yang sama, tumis semua bahan kisar di atas hingga garing. Masukkan ikan bilis dam gaul sebati.
  3.  Kemudian masukkan gula dan garam secukupnya. Gaul sekata.
  4.  Tutup api dan tuangkan bahan tumisan tadi ke atas telur dan terung yang telah digoreng terlebih dahulu.


TELUR SAMBAL BALADO
BAHAN-BAHAN:
  • 5 biji telur ayam         -rebus, kupas kulit dan goreng sekejap
  • 200gm bawang besar    -mayang
  • 10 biji cili merah        -kisar
  • 30gm cili padi        -kisar
  • 10gm belacan        -kisar
  • 1 keping asam gelugur
  • 10gm garam
  • 14gm gula
  • Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
  1.  Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga garing.
  2.  Masukkan bawang besar yang telah dimayang dan asam gelugur. Kemudian masukkan telur dan gaul sekata.
  3.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4.  Angkat dan sedia dinikmati.

KARI TELUR
BAHAN-BAHAN:
  • 5 biji telur        -rebus
  • 150gm rempah kari    -bancuh dengan air
  • 5 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah    -kisar
  • 2 ulas bawang putih    -kisar
  • 2 biji terung bulat        -belah empat
  • 1 tangkai daun kari
  • 375gm santan
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
  1.  Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bawang putih dan bawang merah kisar bersama daun kari. Biar hingga naik bau.
  2.  Masukkan pes rempah kari dan kacau hingga sekata.
  3.  Masukkan terung dan masak hingga terung layu.
  4.  Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  5.  Masukkan  telur dan biarkan mendidih.
  6.  Tutup api dan sedia dinikmati.

Catat Ulasan

0 Ulasan