Daging Goreng Sambal Kicap

Daging Goreng Sambal Kicap


BAHAN-BAHAN :

500 grm daging batang pinang
6 sudu besar kicap manis - boleh tambah
3 sudu besar cili sos
1-2 cawan air
Garam secukup rasa - jika perlu

BAHAN DIKISAR :
4 biji bawang merah
3 biji ulas putih
3 cm halia
5 biji cili kering
2 batang serai - saiz besar

CARA MEMASAK :
- Bersihkan daging dan potong kecil-kecil kemudian digaul dengan garam serta kunyit . Panaskan 1/2 cawan minyak dan goreng daging sehingga masak lebih kurang dalam 15-20 minit . Angkat daging dan ketepikan .
- Cili kering dipotong dan direndam dalam air panas mendidih sehingga kembang . Kupas semua bawang dan bersihkan halia kemudian kisar semua bahan-bahan ni .
-Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan-bahan dikisar sampai masak serta terbit minyak . Masukkan bawang besar serta daging yang sudah digoreng tadi , kicap secukupnya dan cili sos . Kacau semua bahan serta masukkan air dan kacau . Biar kuah mendidih dan daging menjadi empuk serta kuah menjadi pekat jika kurang masin boleh la ditambah kicap lagi atau ditambah sikit garam .

* Selalunya akak tak tambah garam sebab masakan ni dah masin dari kicap yang diguna.

Catat Ulasan

0 Ulasan