Ketupat Sotong Trengganu Stail

Ketupat Sotong Trengganu Stail

Ketupat sotong merupakan masakan tradisional terengganu.
 Cara masaknya tidaklah rumit. Jom ikuti langkah-langkahnya...

Bahan utama ~ 

10 ekor sotong saiz sedang
Lidi untuk cucuk sotong
Bahan inti :
Beras pulut + santan + hirisan halia + halba.


Bahan kuah :
Santan RM3.00
1 helai daun pandan
Hirisan halia
Halba
Gula + garam


Cara masak :
1. Isi pulut (bahan inti) dalam sotong kira-kira 3/4. Kemudian letak kepala sotong n sisipkan lidi supaya pulut tidak keluar.
2. Masukkan sotong yang sudah berinti ke dalam periuk.
3. Letakkan bahan kuah n masak sehingga sotong n intinya masak. Masak lebih kurang 20-30 minit dengan api sederhana. Bila sotong sudah bertukar warna pink tu..sudah masak. Bolehlah makan..
Selamat mencuba.

Catat Ulasan

0 Ulasan