Nasi Berlauk Macam Kak Wok Masak

Nasi Berlauk Macam Kak Wok Masak

Gulai Ayam

1/2 ekor ayam
1 kotak santan 200ml (jenama Kara)
2 kiub pati ayam Knorr
Air perahan asam jawa
Air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan tumisan
1 labu bawang besar, dihiris nipis
1 inci halia, diracik halus
4 pelepah daun kari
3 bunga lawang
1 kayu manis
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih

Bahan dijadikan pes rempah (dibancuh dengan sedikit air)4 sudu besar serbuk kari ayam
4 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk rempah briyani

  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan tumisan sehingga berbau harum.
  • Setelah naik bau wangi, masukkan pes rempah. Goreng sehingga garing dan terbit minyak.
  • Masukkan ayam dan gaul sebati.
  • Setelah ayam agak masak, masukkan santan. Boleh ditambah secawan air untuk kuah. (Jika suka kuah sedikit cair, boleh lebihkan air)
  • Tambah perahan air asam jawa dan kiub pati ayam Knorr.
  • Rasa gulai dan tambah garam atau gula mengikut citarasa.
  • Biarkan mendidih dengan api sederhana sehingga pecah minyak. Tutup api.

lauk ayam goreng kunyit nasi kak wok gulai ayam resepi mudah

Ayam goreng kunyit

1/2 ekor ayam, dipotong kecil-kecil
1 sudu kecil garam
1 sudu serbuk pati ayam Knorr
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan kacang panjang, dipoton2 satu inci
1 labu bawang besar, dihiris
Minyak untuk menggoreng

  • Gaul ayam dengan garam, serbuk pati ayam dan serbuk kunyit. Perapkan selama 15 minit.
  • Goreng ayam sehingga kuning keemasan.
  • Setelah ayam garing, angkat ayam, tos minyak dan ketepikan.
  • Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau.
  • Masukkan kacang panjang dan goreng seketika sehingga masak (tetapi masih mengekalkan kerangupan).
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
  • Siap dan bolehlah dihidangkan.

Sambal Kelantan @ Air Lada

sambal kak wok resepi mudah

Cili hidup
Cili api
Cuka masakan
Garam dan gula secukup rasa
  • Kisar semua bahan menggunakan blender (boleh juga ditumbuk menggunakan lesung batu)

nasi berlauk kak wok ayam goreng kunyit

Hidangkan dengan nasi putih panas-panas. Memang power!


Catat Ulasan

0 Ulasan