NASI DAGING BEREMPAH TANPA SUSU

RESEPI NASI DAGING BEREMPAH YANG LEBIH MUDAH!
*TANPA SUSU
Resepi nasi daging kedua dari  ni admin buat sbb family ada yg tak suka ada susu dan santan, tp mmg sedap! Lebih sedap sbb nasi relai2. Share cpt!

Bahan - Bahan
 3 cawan beras basmati
 3 1/2 cawan air rebusan daging/air biasa
200g Daging (hiris nipis)
1 bungkus kecil serbuk kurma
1 labu bawang besar (cincang halus)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
sehiris halia (mayang halus)
1 helai daun pandan simpul
Rempah 4 beradik.
Kismis, gajus, daun pudina (untuk hiasan)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk mengoreng
Buah tomato dipotong dadu.
Cara-Cara
Masak daging dengan air yang banyak. Selepas daging empok, ketepikan.
Ambil Beras basmati dicuci bersih, Kemudian toskan. Panas sedikit minyak tumiskan rempah 4 beradik dan juga bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan rempah kurma Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan beras basmati ke periuk nasi, letak semua bahan yang ditumis dan letak air rebusan daging tadi sbg air utk masak nasi, (klu rebusan daging tadi sudah letak garam, dlm nasi ni tak perlu isi lagi) tabur buah tomato dan daging hiris. Tunggu masak dan siap.
Angkat nasi dan hias dengan bawang goreng, makan dengan air asam dan sub daging. Sedap!

Catat Ulasan

0 Ulasan