Puasa Dah Dekat... Nikmati Serunding Ikan Bilis Tanpa Santan

Puasa Dah Dekat... Nikmati Serunding Ikan Bilis Tanpa Santan
Puasa dah nak dekat. Pasti anda tercari-cari menu yang yang boleh dijadikan hidangan pembuka selera.
Selain itu, jika anda bercadang untuk menunaikan umrah atau bercuti, resipi serunding ikan bilis ini juga sesuai anda bawa. Ia bukan sahaja enak malah penyediaannya yang tidak menggunakan santan menjadikan hidangan ini tahan lama. Sesuai dinikmati bersama bubur atau nasi panas. Memang mengancam rasa dia! Anda kena cuba.

BAHAN-BAHAN:
  • 500 gram ikan bilis yang dah dibuang kepala dan tulang | digoreng dan ditoskan minyak
  • 20-25 ulas bawang kecil | dihiris halus,digaul dengan sedikit garam dan digoreng garing.
  • 4 senduk kecil cili kisar,
  • 2keping asam keping
  • 3 scoop gula putih
  • 1 sudu besar secukup rasa maggi


CARA MEMASAK:
1.    Kisar ikan bilis yang dah digoreng tersebut, tak perlu halus sangat.
2.    Panaskan minyak lebihan bawang goreng tadi. Tumiskan cili kisar dan asam keping dengan api sederhana sehingga garing.

3.    Apabila cili dah garing, masukkan gula dan secukup rasa maggi.
4.    Apabila gula dah hancur, agak 2-3 minit, masukkan ikan bilis dan bawang goreng. Gaul lagi sampai rata lebih kurang 5 minit atau sampai serunding berderai, Tapi jangan terlalu lama takut hangus.

5.    Dah siap, serunding yang ringkas dan tak banyak bahan. Selamat mencuba!

Kredit gambar dan resipi sepenuhnya: FB Jamaliah Md Raus

Catat Ulasan

0 Ulasan