SAMBAL SEDAP INDONESIA, MAKAN DENGAN AYAM DAN NASI PANAS

RESEPI SAMBAL SEDAP INDONESIA, MAKAN DENGAN AYAM DAN NASI PANAS NI MEMANG POWER!!!
Admin dpt ni masa program di Indonesia, ada orang sana ajar. Share cpt!!!

Bahan2:
Sedikit minyak masak
12 batang Cili merah
12 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu pati Ikan Bilis atau segenggam bilis biasa
3 sudu gula merah/secukup rasa
Cara2:
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
Siap!
Tips: sambal ni lagi lama simpan lagi sedap tp jgn lebih 3minggu. Panaskan dulu baru makan. Makan dengan keli goreng pun mantap!!!
Selamat menjamu selera! Penambah rasa dan selera!!!

Catat Ulasan

0 Ulasan