Sarapan Bersama KEBAB Special DIY.

Resepi KEBAB Special DIY.
====================
Bahan-bahan :

Daging burger Ramli
Sos tomato, sos cili, sos tiram,
sedikit rempah kari daging (optional)
carot, timun, bawang besar, tomato
Roti pita, mayonis, kobis/salad (diracik nipis, optional)

.Saya guna sebungkus daging burger Ramli.
Panaskan dalam microwave kejap pastu potong dadu .
Kalu x leceh sikit nak potong.

Saya potong dadu carot, timun, bawang besar . Letak tomato lg sedap. Sy x letak sbb xde dlm peti.


Jangan lupa sos ini & sedikit rempah kari daging ye ( x suka x yah letak)
Panaskan bahan potong tadi.

letak butter sikit pon ok. nanti dah masuk daging tu mesti minyak daging keluar
Setelah layu sikit bahan tumis tadi masukkan daging burger bersama rempah kari*(*optional ye)


Masukkan ketiga2 sos tadi dan gaul rata
Setelah sebati masukkan sedikit garam jer.

Sediakan roti pita dan mayonis.
Roti pita tu kasi potong dua ye.
Roti gardenia pun boleh.
Sapukan disekeliling dalam roti pita dengan mayonis.
Isikan inti tadi separuh dlm roti pita kemudian sapukan sikit mayonis di atasnya kemudian penuhkan lg dengan inti

Sapukan mayonis diatas skali bersama dgn cili sos.
Tada!!! Siap!!


KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda) TQ ^^
.
.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
.
Crdt resipi dari Novel Best Novel Syiok

Catat Ulasan

0 Ulasan