Sedapnya Sandwich Tuna Dan Telur

Sedapnya Sandwich Tuna Dan Telur

Resepi ini telah dikongsikan dilaman FB Resepi Sedap.

Hari ni akak nak kongsikan resepi yang tersangatlah simple & senang nak buat, senang nak makan & senang nak hadam!!! Sumber rezeki akak juga nih. Sapa terliuq pakat buat & share.

Bahan yang diperlukan untuk membuat Sandwich Tuna:
  • Roti ( akak pakai roti wholemeal)
  • Tuna tin ( tuna chunks in oil)
  • Bawang Holland didadu (sukahati nak boh bnyk mana)
  • Cili merah dibuang biji didadu
  • Tomato dibuang biji didadu
  • Carrot diparut(disagat halus)
  • Garam
  • Mayonis
  • Lada sulah
  • Timun & salad untuk hiasan
  • Planta utk disapu pd roti
cara-caranya:
  1. Tuna dibuang oilnya dipanaskan & dilenyek2 hingga lumat
  2. Campurkan kesemua bahan2 diatas kecuali timun & salad.
  3. Sapukan roti dengan planta @ mayo
  4. Letakkan timun sapukan tuna Dan lapiskan dengan salad. Kapitkan dengan roti. Dah…siap!
  5. Resepi untuk sardin pun sama kaedahnya diatas.
==============================
2u87RBY
Foto: Resepi Sedap

Bahan yang diperlukan untuk membuat Sandwich Telur:
  • Roti
  • Telur
  • Bawang Holland didadu
  • Cili merah dibuang biji didadu
  • Tomato dibuang biji didadu
  • Keju
cara-caranya:
  1. Tumis bawang cili tomato JANGAN garing. Masukkan telur yang dipkul bersama garam lada sulah & keju
  2. Masak ala2 scramble egg.
  3. Campurkan dengan sedikiiiiit saja mayo.
  4. Taraaa…buatla sukahati nak hias lagu mana pun tak pa. Janji sedap & menyelerakan.
Kredit : Nazian Rahman

Catat Ulasan

0 Ulasan