ASAM PEDAS DAGING / TETEL

ASAM PEDAS DAGING / TETEL

Hari ni special skit ada tambah lengkuas & halia skit. Selalu xmasuk pun. Hari ni saja nak cuba. Meh layannn
Bahan-bahan:
1 kg daging lembu/daging tetel (rebus dahulu)
5 helai daun limau
1 liter air - gunakan air rebusan daging
Air asam jawa secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
25 - 30 tangkai cili kering
10-15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2.5 cm lengkuas
2 batang serai - ketuk
Cara cara:
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi dan serai sehingga naik bau dan garing.
Kemudian masukkan air rebusan daging dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula daging tetel. Kacau kemudian masukkan air asam jawa.
Setelah itu masukkan garam secukup rasa. Masukkan daun limau. Biarkan seketika. Siap!!
Selamat mencuba 😍😍😍
Credit : Norasma Muhamad

Catat Ulasan

0 Ulasan