KERABU TAUGEH DENGAN KERANG

KERABU TAUGEH DENGAN KERANG .

BAHAN-BAHAN :
2 cawan taugeh 
5 batang kacang botor 
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh tambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus - boleh tambah jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa ** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi .
Anda boleh tambah atau kurang ikut pada selera masing-masing ya..

CARA PENYEDIAAN:
Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis kemudian bersihkan taugeh dan dicelur dalam air panas selama 5 saat saja . Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Catat Ulasan

0 Ulasan