Senangnya Buat Kuah Rojak

Senangnya Buat Kuah Rojak
  


BAHAN-BAHAN :
Satu botol (kecil) kicap manis (saya guna cap kipas udang) 
Satu botol (kecil) sos cili (saya guna cap maggi/life)
1/2 keping (kecil) belacan madu
1 senduk cili boh
10 tangkai cili padi (boleh tambah jika nak lebih pedas)
1 ketul gula kabung
1/2 paket gula batu
1 cawan gula pasir bancuhan tepung jagung secukupnya (saya bubuh 1-2 sudu besar) bijan dan kacang tanah tumbuk untuk hiasan
CARA-CARA :
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali (kecuali tepung jagung,
bijan dan kacang tumbuk)
Masak sehingga mendidih dan kuah agak pekat Masukkan bancuhan tepung jagung Tutup api dan biarkan sejuk
Hiris buah-buahan tempatan seperti jambu, mangga, betik muda, sengkuang, nenas, dan timun.
Curahkan kuah ke atas buah-buahan tadi Taburkan bijan dan kacang tumbuk di atasnya Sedia dinikmati!
Siap.
Haaa… lepas ni dah boleh buat dah.
Mesti janji buat tau, penat ai taip satu-satu dengan penuh keikhlasan ni.
kredit resepi video : Resepi Kek & Puding
resepi video & bertulis adalah dua resepi berbeza, boleh pilih mengikut kesukaan anda ðŸ˜˜
gambar tidak dapat dikenalpasti owner, sila pm admin jika ada gambar kepunyaan anda untuk kami berikan kredit ðŸ˜Š
like & share

Catat Ulasan

0 Ulasan