Dua Menu Western Untuk Kaki Diet

.
Dua Menu Western Untuk Kaki Diet
Ini resipi yang boleh anda cuba, senang je…

SAVOURY MARINATED STEAK


BAHAN-BAHAN PERAP :
  • 180gm Striploin beef
  • 1 sudu makan herba campur
  • ½ sudu makan paprika
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
BAHAN SOS  SAVOURY
  •  3 sudu makan sos BBQ
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
CARA MEMASAK :
  1. Gaulkan kepingan daging dengan bahan perapan. Perap selama lima minit.
  2. Kemudian, panggang daging lebih kurang 15 minit untuk kedua-dua belah daging.
  3. Sementara itu campurkan sos BBQ dengan serbuk lada hitam. Kacau rata sos.
  4. Setelah steak  masak, tuangkan  sosdi atas steak dan hidangkan bersama salad segar, cili bangala panggang, hirisan lemon dan salad segar.

BBQ  DRAMSTIK

BAHAN-BAHAN:
  • 3  paha ayam
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 5 sudu makan sos lada hitam
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan sos BBQ
  • 2 sudu makan jus lemon
CARA MEMASAK :
  1. Bersihkan paha ayam dan toskan.
  2. Gaul semua bahan bersama paha ayam.
  3. Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk.
  4. Bakar sehingga masak atau kekuningan.
  5. Hidangkan bersama salad, lobak merah, cili bangala pangang dan sos cili.




Catat Ulasan

0 Ulasan