Mee Hailam Simple

Untuk penggemar mee hailam boleh la cuba, penyediaannya sangat simple dan rasanya juga sedap.

RESIPI MEE HAILAM SIMPLE

Bahan-Bahannya:
  • 1/2 kg. mee kuning
  • 1/4 kg daging ayam dan daging lembu
  • 10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 potong kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus ‘baby corn’
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • 1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap
  • Air (Ikut kita nk kuah banyak mana.. selalunya kita ikut sesedap rasa)
* Ditumbuk terlebih dahulu
* Ayam dan daging direbus dahulu
Cara-Cara Membuatnya:
  1. Pertama sekali tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.
  2. Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar-benar masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.
  3. Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
  4. Selepas itu masukkan pula perasa, gula dan garam. ( sukatan mengikut citarasa anda)
  5. Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.
  6. Kemudian masukkan mee.
  7. Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.
  8. Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.
  9. Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)
  10. Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.
  11. Setelah siap, bolehlah menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.
  12. Mee hailam sedap dan simple telah pun siap!
Selamat Mencuba!
Kongsi resipi: resepi-oh-resepi

Catat Ulasan

0 Ulasan