HIDANGAN ENAK.....PUFF BEBOLA AYAM

 HIDANGAN ENAK.....PUFF BEBOLA AYAM


BAHAN-BAHAN:

40 biji bebola ayam
20 batang lidi pencucuk

BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:

125gm tepung tinggi protein
½ sudu kecil garam
15gm marjerin
70gm pastri marjerin
65gm air

CARA MASAK:

1)Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.

2)Canai pastri marjerin dengan dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.

3)Canai doh dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.

4)Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.

5)Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.

6)Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.

7)Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.

8)Keluarkan doh pastri, canai lebar dan potong memanjang sebesar saiz bebola ayam.

9) Balutkan bebola dan potong membulat dan cucukkan pada lidi.

10)Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan dan garing.

11)Hidangkan bersama sos dan mayones.

Catat Ulasan

0 Ulasan