PES IKAN BAKAR PORTUGIS SEKAWAH UNTUK STOK

PES IKAN BAKAR PORTUGIS SEKAWAH UNTUK STOK
*Pilih ikan kesukaan anda -

Pari/Cencaru (konge)/Kembung/Siakap..
- Ikan dibasuh bersih2..dikelar2 utk serapan perapan..toskan..
*Dalam gambar sekawah tu pes ikan bakar utk 50 ekor ikan..

Resepi di bawah ni saya sertakan utk 3-5 ekor ikan..kalu nak buat banyak utk stok simpan dalam peti ais..just gandakan bahan sahaja..
BAHAN2 PES IKAN BAKAR:
1) Bawang merah kecik 7biji..
2) Bawang putih 3 ulas..
3) Lengkuas 2 inci..
4) Halia 1 inci..
5) Buah keras 2biji..
6) Serai sebatang diblender..2 batang lagi diketuk..
**(Bahan 1-6 diblender)
7) Lada kering blender 10 sudu besar..
8. Air asam jawa..
9) Belacan 1 inci dibakar..
10) Daun limau purut diramas2..
11) Bunga kantan separuh dibelah 2..
12) Garam, aji & gula..
CARA MASAK PES:
- Panaskan minyak..goreng serai ketuk 2 batang sampai naik bau..
- Masukkan bahan blender (1-6)..masukkan belacan bakar..kacau sebati hingga garing sedikit..
- Masukkan lada kering blender..kacau..masukkan air asam jawa, daun limau purut dan bunga kantan..kacau sebati..perasakan garam, aji & gula..
- Masak pes hingga pes betul2 garing dan pecah minyak..
- Tutup api..siap!
CARA BAKAR IKAN:
- Bentangkan aluminium foil..letakkan daun pisang atas aluminium foil..
- Lumur pes ke serata ikan..lumur rata atas bawah..
- Letakkan ikan di dalam daun pisang..
- Kalu suka boleh tabur bendi atau petai atas ikan..
- Bakar atas pemanggang atau dalam oven..balik2kan ikan..
- Bila ikan dah masak..boleh la dibuka daun pisang dan perahkan limau kasturi..
- Sedap yang amat bila mkn dgn nasi panas2..
Kredit Resepi : siti mazlyn via mahn

Catat Ulasan

0 Ulasan