Resepi Asli Mee Siam Singapura

Resepi Mi Siam Singapura
BAHAN - BAHAN MI HOON GORENG 

300 gram mi hoon
2 cawan taugeh, cuci dan bersihkan
1 cekak kucai, potong pendek
2 camca besar penuh sos cili
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 bahagian pes sambal
Kicap cair secukup rasa
BAHAN - BAHAN PES SAMBAL 
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
4 biji buah keras, dihiris
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1/3 cawan cili kisar
1 camca teh garam
BAHAN - BAHAN AIR REBUSAN 
1 bahagian peha ayam bersaiz besar, cuci bersih dan toskan
15 ekor udang sederhana besar, kupas kulitnya (asingkan kulit udang)
4 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, hiris nipis
2 liter air
1 camca teh garam

BAHAN - BAHAN KUAH MI SIAM 
Air rebusan secukupnya
1 cawan jus asam jawa (asam jawa sebesar duit 20 sen lama + 1 cawan air, ramas dan tapis)
1/3 cawan kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan kisar hancur
Udang yang telah dikupas kulitnya (udang dari bahan2 air rebusan)
2 camca besar gula
1/3 cawan pati santan (che mat guna santan kotak)
2 camca besar penuh tauco, tumbuh halus
Garam secukup rasa

BAHAN - BAHAN SAMPINGAN 
Hirisan daun kucai, untuk hiasan
Telur rebus secukupnya, dibelah 2 setiap 1
Isi ayam, dicarik2
Tauhu, digoreng dan hiris nipis
Hirisan cili merah
Limau kasturi secukupnya, dibelah 2 setiap 1

CARA MEMBUATNYA 
UNTUK AIR REBUSAN :- Panaskan 1 camca besar minyak dalam periuk, tumis bawang putih dan halia. Kemudian masukkan kulit udang, masak dengan api kecil hingga kulit udang berubah warna. Tuang air, kacau dan biarkan mendidih. Masukkan ayam dan garam, sederhanakan api dan masak selama 45 minit. Keluarkan ayam, kemudian tapis dan asingkan air rebusannya untuk kegunaan kemudian. Isi ayam tadi dicarik2 dan ketepikan.

UNTUK
PES SAMBAL :- Panaskan 1/3 cawan minyak. Kemudian tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga garing dan naik minyak. Masukkan 1 camca teh garam, kacau rata dan matikan api. Sejukkan untuk kegunaan kemudian.

UNTUK MI HOON GORENG :
- Mi hoon direbus hingga lembut, kemudian toskan. Panaskan 2 camca besar minyak masak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan 1/3 bahagian pes sambal dan juga sos cili. Kacau rata dan masak sekejap. Masukkan mi hoon, sederhanakan api dan gaul mi hoon hingga rata. Masukkan kicap cair secukup rasa dan gaul. Akhir sekali masukkan taugeh dan kucai, kacau hingga semua rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api, ketepikan (pastikan mi hoon yang anda goreng tidak terlalu masin. Berhati2 dalam penggunaan kicap cair).

UNTUK KUAH MI SIAM :- 
Tuang air rebusan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Masukkan baki pes sambal, taucho yang ditumbuk halus dan jus asam jawa. Kacau rata dan masak selama 20 minit. Masukkan udang yang telah dikupas kulitnya ke dalam kuah, celur 1 minit, angkat dan ketepikan. Tambah kacang tanah yang dikisar dan pati santan ke dalam kuah mi siam. Kacau lagi, perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Biarkan mendidih dengan api sederhana selama 15 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK MI SIAM SINGAPURA :- Cedok secukupnya mi hoon goreng ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah hingga mi tengglam. Hias dengan telur rebus, hirisan tauhu, cili merah, hirisan daun kucai, isi ayam yang carik, udang rebus dan perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan...Selamat mencuba!!.
Kredit mat gebu

Catat Ulasan

0 Ulasan