SARAPAN DENGAN MEE HOON GORENG HAILAM

RESEPI MEE HOON GORENG HAILAM



Bahan-bahannya :


● 1 packet mee hoon (rendam seketika dan toskan)
● 1 biji bawang merah besar - dihiris halus
● 3 ulas bawang putih - dihiris halus
● 1 sudu besar serbuk secukup rasa
● minyak masak

Bahan sos (disatukan)


● 4 sudu besar sos tiram
● 4 sudu besar kicap lemak manis
● 2 sudu besar sos cili
● 1 cawan air

rencah-rencah;


● 2 biji telur
● Udang, sotong, isi ayam - dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
● Fish cake dan fish ball
● Sayur sawi - dipotong anggaran 4 cm
● Carrot

Bahan hiasannya :


● Daun kuchai - dipotong anggaran 4cm
● Bawang goreng

Cara-caranya :


1. Panaskan kuali dan minyak

2. Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering). Ketepikan..

3. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.

4. Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih.

5. Masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.

6. Masukkan mee hoon. Kacau rata kesemuanya.

7. Masukkan telur yang diketepikan tadi bersama serbuk secukup rasa

8. Kacau rata bersama daun kuchai

Sedia dihidangkan

Selamat mencuba....  Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.

Catat Ulasan

0 Ulasan