RESEPI MURTABAK ROTI DAGING!!MEMANG SEDAP

RESEPI MURTABAK ROTI DAGING!!MEMANG SEDAP

Bahan-bahannya :-


* Roti gardenia 12 keping
* Isi daging cincang
* Kentang yang didadukan
* Bawang besar didadukan
* Bawang putih 3 ulas
* Cili padi
* 2 sb serbuk kari
* 1 sk lada hitam kisar
* daun bawang
* Telur
* Susu cair
* cheesedale / cheese ~ sy tak letak sebab takder

Semua pakai agak jer ok..



Cara Buat Inti

Cara-caranya :-

- untuk masak daging saya menggunakan periuk noxxa.. tumiskankan bawang putih, bawang besar hingga wangi. Masukkan daging & lada hitam kacau hingga sebati..

- setelah itu masukkan serbuk kari & masak hingga pecah minyak. Masukkan kentang & cili padi. Kacau hingga sekata..

- tutup periuk Noxxa & HP dalam 2 minit.. setelah siap last sekali tekan mood stir fry, masukkan garam & pak aji dan taburkan daun bawang. Siap.



Dibekas lain 
kacau telur dan tambah susu cair dalam 2 cawan.. agak2 korang la yer.

Di dalam loyang 4 segi.. korang sapu butter dulu.. susun roti begini..
               
Layer ke 2 letakkan inti daging..


Layer ketiga curahkan telur tadi.. * korang buat adunan sampai abis.. & nak letak cheesedale pun boleh.. tapi sy tak taruk sebab takder.. Kalau ada, pasti meleleh beb.. hehe

Lapisan atas sekali taburkan daun bawang & cili padi cincang.. & curahkan telur.. kalo nak letak parutan cheese pun boleh.. takder hal..

Bakar dalam oven dengan suhu 220'c selama 40 minit.
selepas 40 min...inilah hasilnya

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
.
Sumber : FB Haruman Luqman

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Alhamdulillah, tkasih resepi & cara buatnya, nampak sedap & menarik sgt.inn sha Allah saya cuba.

    BalasPadam