RESEPI RENDANG BUJANG TERLAJAK

RESEPI RENDANG BUJANG TERLAJAK SENYUM
Assalammualaikum semua..... Ramai yg nak resepi rendang bujang irfan kan. Rendang ni biasa2 ja tapi bagi irfan sedap sangat hik2 almaklumla air tangan sendiri mestilah puji kan.
Jadi boleh la share share share dan jgn lupa like dan comment ok.... Comment yg baik2 sahaja. Resepi di bawah
2kg daging lembu
(Bahan2 kisar)
1 biji bawang besar
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
3 sudu makan lada giling
5 tangkai serai
Bahan2 cecair
Santan pekat ori atau kotak dalam 2 biji kelapa
Bahan2 lain
1 peket Kerisik
Daun kunyit
( rempah sangai)
1 sdmkn ketumbar
1/2 sdmkn jintan putih
1/2 sdmkn jintan manis
= Sangai tanpa minyak dan blend halus
Cara2
- panaskan minyak secukupnya dan masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih lepas tu masukkan bahan2 kisar dan masak sampai dia terbit minyak atau pecah minyak
- masukkan daging serta 3 batang serang dititik sahaja.
- masukkan 3 biji kurma untuk mempercepatkan proses memasak daging
- masukkan santan ori atau kotak dan masak sampai empuk
- bila daging dah empuk masukkan herba yg disangai tadi serta masukkan kerisik ikut suka hati lah nak banyak mana kerisik tu ok
- bila daging dah masak masukkan susu pekat, garam dan serbuk perasa. Irfan buat rendang tak guna gula ya tapi guna susu pekat lagi sedap lemak lemakkk..... Terpulang citarasa
- sebagai hiasan masukkan daun kunyit bagi wangi2 sikit tu rendang
- bila. Masak siap sesia makan dgn burasak, nasi, atau pulut kuning perhhhhhhh asadappppp
OLLLLAAAAALAAAAAAA
Kredit Resepi : irfan syazwanshah
LIKE & SHARE

Catat Ulasan

0 Ulasan