Resepi Sihat Roti Bakar ala Perancis

Resepi Sihat Roti Bakar ala Perancis
==============================Bahan-bahan:


4 keping roti
80ml (1/2 cawan) susu penuh krim
2 biji telur, dipukul
15ml (1 sudu makan) minyak sayuran
5ml (1 sudu teh) madu – optional
2g (1/4 sudu teh) serbuk kayu manis – optional
Garam secukup rasa


Cara penyediaan:
1. Pukul telur sehingga kembang.
2. Masukkan susu penuh krim, garam, madu, serbuk kayu manis dan kacau sehingga sebati.
3. Celupkan sekeping roti menggunakan garpu ke dalam adunan satu per satu.
4. Celupkan sehingga roti sebati dengan adunan tetapi tidak terlalu lama agar roti tidak lembik dan hancur.
5. Goreng roti dengan sedikit minyak sayuran di atas kuali kecil dengan api sederhana dalam 2-3 minit pada setiap bahagian sehingga emas keperangan.
6. Tekan roti di atas kuali dengan sudip untuk mendapatkan roti rangup ala Perancis tetapi pastikan tidak hangus.
Cadangan:
Hidangkan roti bakar dengan sirap maple, madu atau keju.
SHARE DAN LIKE 

Catat Ulasan

0 Ulasan