Nasi Daging Berserta Air Asam

Nasi Daging Berserta Air Asam
Boleh la try sementara daging korban tengah banyak dalam peti

Ni resepi saya share dari blog azie kitchen
Selamat mencuba
Nasi Daging
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
250 gm daging (hiris dan rebus dengan halia hingga lembut)
4 cawan beras - basuh dan tos
4 cawan air rebusan daging atau secukupnya
1cawan susu cair
2 sudu besar rempah kurma
1 helai daun pandan
1 biji tomato - potong dadu
Garam dan gula
Daun ketumbar
Bahan tumis:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
1 bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan penumis hingga naik bau. 2. Masukkan rempah kurma, goreng biar garing dan wangi
3. Masukkan beras yang dibasuh dan tos, goreng sekejap.
4. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato, susu cair, daun pandan gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
5. Masakkan nasi dengan rice cooker sehingga masak
6. Taburkan daun ketumbar, jika suka
7. Hidang bersama air asam.
Resepi air asam.
Bahan A: Kisar
Asam jawa
Cili padi
Buah tomato
Belacan - jika suka
Kerisik
Gula
Garam
Bahan B : potong dadu
Buah tomato
Bawang besar
Cili padi - hiris
Cara cara
Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata dan sesuaikan rasa garam gula dsb.

Catat Ulasan

0 Ulasan